
Sulit
5 tahun
Sakit tekak, tekak sangat kering dan kadang-kadang rasa kebas
Hello Dr. saya wanita berumur 22 tahun, 4 hari lepas saya mengalami masalah kahak yang teruk sehingga sesak nafas, kemudian setelah saya mengamalkan minuman madu & lemon setiap hari kahak saya semakin baik dan berkurangan. Tetapi hari ini saya mengalami masalah sakit tekak yg teruk serta kering tekak dan kadang-kadang terasa kebas di bahagian tekak. Apa yang perlu saya lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.