
Sulit
5 tahun
Sakit tekak tidak sembuh melebihi 3 minggu
saya wanta berumur 35 tahun. saya sedang mengalami ketidakselesaan pada tekak terutama pada waktu pagi. Perkara ini telah berlanjutan dah melebihi 3 minggu. saya pernah merujuk ke klinik kesihatan pada pertengahan Mac. Pemeriksaan mendapati tekak ok dan tidak merah. selepas pengumuman PKP saya tidak dapat keluar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. kadang-kadang sakit tekak sampai telinga pun sakit. I’m worried.tq in adavance.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Namun begitu, sakit tekak ini juga boleh disebabkan;
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Kebiasaannya sakit tekak boleh baik dengan sendirinya sekiranya ia disebabkan jangkitan virus. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.