
Sulit
4 tahun
Sakit tekak tidak tahu puncanya
Assalamualaikum & selamat sejahtera saya nak tanya saya ada sakit dekat tekak sukar bila nak bcakap & menelan tapi sebelum tu mcm bersin & selsema takde la teruk… lepas kumur dengan air garam atau listerine sakit tekak tu beransur pulih… saya risau kalau ada penyakit lain… boleh tak bagi pencerahan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu sakit tekak. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Karang tonsil
- Radang tekak ( laryngitis atau pharyngitis )
- Masalah struktur esofagus
- Refluks asid atau GERD
Untuk mengetahui penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika anda mendapati masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.