Sulit
4 tahun
Sakit tekak (tonsil) dan sakit sendi2
Selamat malam Dr, Sy wanita berusia 44 thn, semln saya bertugas di HOTLINE Kementerian sy. Selepas sy pulang dari bertugas saya terasa amat letih dan rasa sakit tekak serta sakit lenguh-lebguh di semua sendi2 saya serta rasa seram sejuk. Bila kena air saya jadi kesejukan. Sepjg hari ini saya mengalami sakit-sakit sendi saya. Bila sy tgk tonggsil
saya mmg bengkak sebelah h kanan. Adakah itu symptom krn sakit tongsil. Terima ksh Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan tonsil
- keradangan anak tekak
- peritonsilar abses
- abses mulut
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.