
Sulit
4 tahun
Sakit tekak yang bet panjangan
Hi. Sy wanita berumur 20 an. Sy sudah sakit tekak selama 3 minggu. Suara tidak boleh keluar sepenuhnya dan akan tersedak bila minum air.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit tekak yang dialami selama 3 minggu sehingga tidak dapat mengeluarkan suara sepenuhnya serta tersedak ketika meminum air. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan keadaan anda iaitu:
- Jangkitan kuman pada tekak
- Penyakit keradangan tonsil (Tonsilitis)
- Penyakit selesma
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
- Penyakit keradangan faring (Pharyngitis)
- Jangkitan virus seperti infectious mononucleosis, influenza
- Udara persekitaran yang kering
- Penggunaan suara lantang yang berlebihan
- Alahan pada tekak
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom bahaya seperti sesak nafas, demam panas, batuk, keruaman pada badan, atau ketumbuhan pada kawasan leher.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.