Sulit
4 tahun
Sakit Tekak Yang Teruk
Saya wanita berumur 24tahun. Minggu lepas sy mengalami sakit tekak secara tiba tiba, tiada demam atau sakit lain cuma sakit tekak dengan teruk secara tiba-tiba. Sy tak dapat makan dan minum selama 2 hari. Tp setelah sy berjumpa doktor ia kembali pulih. Tapi skrg tekak sy rasa lain dan tak selesa. Bila telan air liur rasa mcm ada satu bola di tekak and bila sy telan makanan rasa mcm makanan tersekat di tekak dan tidak turun walaupun sy minum banyak sgt air. Ia buat sy tak selesa sampai muntah.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sensasi rasa tersekat di tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara lain, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- Masalah tiroid
Tambahan kepada merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Sekiranya sakit kerongkong tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesejahteraan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.