
azramia80
5 tahun
Sakit tekak yg berlarutan
Saya nur umur 23…dah hmpir sbulan sakit tekak sya surut lps tu bengkak smula… Rse perit n sakit yg amat bila nk telan air liur… Rse tercekik… N bengkak bleh Rasa dri leher… Ade 2 masa sukar bernafas dri hidung… Kadangkala sakit hingga teling

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, antara punca yang menyebabkan sakit tekak adalah:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Anda menyatakan bahawan anda terasa bengkak dari leher dan ia boleh disebabkan oleh beberapa masalah contohnya:
- Radang tekak
- Kelenjar tiroid
- Kelenjar ludah
- Radang tonsil
- Kista/cyst
Maklumat lanjut, pemeriksaan dan ujian mungkin diperlukan untuk mengesan punca masalah yang anda hadapi ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma bagi penerangan lanjut. Terima kasih.