
Sulit
4 tahun
Sakit telinga bengkak berdenyut menanah dan sangat2 sakit
Sy wanita 21 tahun sy mengalami sakit telinga yg amat sakit berdenyut nk makan pon rasa susah nak buka mulut sy dah pergi ke klinik kerajaan dok beritahu ada efeksi sekarang ni lubang telinga sy dah rasa tertutup dan sy sering bimbang kalau sy hilang pendengaran yv kekal harap penjelasan dari doktor adakah pendengaran sy akan pulih??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jangkitan telinga (atau disebut otitis media akut) adalah jangkitan pada telinga tengah, satu ruang yang dipenuhi udara di belakang gegendang telinga yang mengandungi tulang kecil telinga yang bergetar.
Antara gejala yang boleh berlaku dalam jangkitan telinga adalah sakit telinga, keluar cecair dari telinga serta masalah pendengaran seperti apa yang anda alami sekarang. Oleh itu, sekiranya jangkitan telinga anda sudah sembuh, pendengaran anda akan kembali normal. Namun, sekiranya terdapat kerosakan kekal pada gendang telinga atau struktur telinga tengah yang lain, gangguan pendengaran yang kekal mungkin berlaku.
Oleh itu, sangat penting untuk anda merawat telinga anda dengan betul seperti yang disarankan oleh doktor yang merawat anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.