buyek77
4 tahun
Sakit telinga dan kadangkala berdenyut
Saya cuba untuk mengenalpasti dan kelihatan seperti nanah ada sekitar cotton bud… apa yang harus saya lakukan untuk rawatan lanjut
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otitis externa (Radang saluran telinga luar sebelum gegendang telinga)
- Otitits media dan pemecahan gegendang telinga (kesakitan telinga atau kehilangan pendengaran akan berlaku juga)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.