izzahazira05
3 tahun
Sakit telinga di telinga kanan
Saya remaja perempuan berumur 14 tahun, saya sakit telinga dari jumaat lepas. Tapi, sakit tu sudah hilang cuma telinga kanan saya bunyi bising bising sepanjang hari. Dan bila saya bercakap, rasa seperti berdengung. Apa yang perlu saya buat ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terdapat banyak sebab sakit telinga
Antaranya :
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Benda asing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.