
hhyusaini74
6 tahun
Sakit Telinga hingga ke rahang
Assalammualaikum Doktor , saya seorang perempuan yg berumur 17 tahun menghidap sakit telinga daripada dua hari yang lalu . Mula-mula tu telinga kanan sahaja , skrg dah merebak sampai ke telinga kiri saya . Makin hari makin sakit , sehingga saya hendak membuka mulut mahupun menguyah pon tak boleh . Kadang2 sampai terasa tercucuk cucuk telinga kanan ni , nak ambil air wuduk pon menahan je semasa hendak menyentuhnya . Jadi saya nak tanya , apa punca sakit telinga ni ? Apakah cara untuk menyembuhkannya ? Dan ada pantang larang ke semasa mengalami sakit telinga tu ? Tu sahaja doktor terima kasih :’)

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit telinga. Antaranya ialah:
- Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih