
Sulit
4 tahun
Sakit telinga impact earwax
Hi doktor. Saya wanita berusia 29 tahun. Tiga hari lepas saya korek telinga sebelah kanan menggunakan cutton buds dan adik terlanggar saya. Akibat dari pelanggaran itu, telinga saya amat sakit. Esoknya saya ke klinik kerana sakit telinga dan hilang pendengaran. Doktor bekalkan ubat titis dan tahan sakit dan beri saya surat refer ke hospital untuk cuci telinga. Tadi saya pegi ke hospital dan setelah cuci kedua dua belah telinga, saya hilang pendengaran sampai sekarang. Sudah 8jam. Doktor hospital bekalkan ubat titis dan tahan sakit. Masih lagi rasa sakit, dan sekarang telinga sebelah kiri sakit setelah dicuci. Telinga rasa berdengung. Adakah bahaya masih tak dengar dan masih rasa sakit selepas dicuci untuk tempoh 8jam? Saya buntu. Bantu saya. Terima kasih sudi menjawab soalan saya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami simpati dengan anda yang mengalami masalah hilang pendengaran dan sakit telinga sehingga sekarang akibat kemalangan sewaktu membersihkan telinga. Hal ini pasti menyebabkan anda tertekan dan tertanya tanya bila telinga anda akan pulih
Sakit telinga memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan adalah terhad dan memerlukan pengawasan dan pemeriksaan rapi. Tahap kecederaan telinga anda perlu kami pastikan bagaimana untuk memberi kata putus bila anda akan pulih sepenuhnya.
Untuk membuat kesimpulan tentang bagaimana anda akan mendapat balik pendengaran dan rawatan berkenaan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.