Anonymous
4 tahun
Sakit telinga jarang2
Saya wanita 30an, sering sakit kepala. Saya telah buat pemeriksaan CT scan tetapi tiada penemuan apa2 yg abnormal. Hairannye sekiranya sakit kepala kuat, telinga saya turut tidak dengar dan ada kalanye saya sakit menekan di dalam telinga, sakit leher. Rasa tidak selesa dalam kerongkong dan sakit rahang sekitar muka. Saya bingung sakit ini kadang2 shj dan sakit kepala yg diagnosis sbg migraine shj yang kerap. Tolong saya… Dokto
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.