
Sulit
4 tahun
Sakit telinga rasa denyut, dicucuk, sakit sampai ke rahang
Saya student 18 tahun, mengalami rasa sakit telinga yg sangat sangat sakit. Awalnya, ketika saya baring tiba-tiba rasa telinga kiri sakit ingatkan ada serangga masuk ke apa. Saya tak pasti. Sakit telinga saya seperti dicucuk, sakit sangat sampai rasa ke otak dan rahang.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sinusitis- selalunya disertai sakit kepala
- Allergic rhinitis
- Jangkitan telinga
- Jangkitan influenza atau selesema
- Ketumbuhan polip dalam hidung
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.