
Sulit
3 tahun
Sakit telinga sampai ke kepala
Good afternoon doctor. Telinga kanan saya sakit. Bila saya geleng geleng kepala dngn agak kuat (untuk testing saja) boleh rasa bhawa telinga kanan sakit dan berasa berat. Selepas tu telinga kiri okay je. Duduk diam pun sakit tu datang tetiba and sakit tu boleh rasa sampai ke kepala. Ibarat ada saraf sakit yg menyambung ke kepala.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk makluman anda gejala telinga sakit yang diiringi dengan sakit kepala boleh disebabkan oleh berbagai masalah antaranya jangkitan kuman, telinga tersumbat, kecederaan organ pendengaran/kestabilan dan sebagainya. Desing pada telinga juga boleh disebabkan gangguan gendang telinga atau tanda-tanda gangguan keseimbangan tubuh.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Bagi mengetahui punca sebenar masalah anda, konsultasi lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Anda boleh terus berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.