
Sulit
5 tahun
Sakit telinga sebelah kanan
Saya lelaki hampir 20’an Dan Saya mempunyai masalah sakit telinga yang membuatkan telinga menjadi bengang Dan Saya tidak dapat tidur dengan Lena Dan nyenyak. Saya merasakan macam Ada buih dalam telinga Saya Dan rasa tertutup telinga sebelah kanan Saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tahi telinga yang telah keras dan menutupi bahagian dalam telinga (sangat lazim berlaku)
- Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
- Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
- Masalah pada tulang telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.