nurisyazni
4 tahun
Sakit telinga sehingga sukar untuk buka mulut
Saya suka koreak telinga pakai earpick yg besi and then dia jadi berkeruping dan pedih pada dinding telinga. Few days selepeas tu saya bngun dari tidur dan rasa sakit dalam telinga. Nak buka mulut pun tk selesa seperti selalu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, telinga sakit sehingga sukar membuka mulut boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kumpulan cecair dalam telinga ( otitis media with effusion )
- Jangkitan dalam telinga ( otitis media ) akibat kuman dalam tekak yang memasuki telinga
- Gegendang telinga pecah - atas faktor keradangan, jangkitan kuman, cecair atau perubahan tekanan
- Kesan bengkak telinga surut - kerana saraf telinga dan tekak berinteraksi satu sama lain, maka secara amnya, kesakitan atau perubahan pada struktur dalaman tekak seperti tonsil boleh menyebabkan kesakitan/ketidak-selesaan dalam telinga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.