Sulit
3 tahun
Sakit telinga selepas korek telinga
bulan lepas saya mengorek telinga dan berdarah,selepas dari itu telinga asyik sakit bila mengorek dan saya melihat ada putih2 didalam telinga bahagian dalam
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit telinga ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- external otitis : keradangan telinga luar
- otomycosis : jangkitan kulat
- Trauma pada telinga
- Gegendang telinga pecah
- contact dermatitis : sejenis keradangan kulit
- chronic suppurative otitis media : akibat jangkitan lama
- carcinoma of the ear canal : sejenis kanser
- psoriasis : penyakit kulit autoimun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.