Sulit
3 tahun
Sakit telinga sering terasa sakit, gatal dan kadang-kadang berdesing. Tiada darah atau tanda-tanda jangkitan kerana saya minta bantuan keluar suluh
Saya berumur 36 tahun, telinga sering terasa sakit, gatal dan kadang-kadang berdesing. Tiada darah atau tanda-tanda jangkitan kerana saya minta bantuan keluar suluh.
Saya ada penyakit asma dan tidak mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Untuk penyakit asma, saya tidak mengambil apa-apa ubat secara berkala. Hanya ke klinik ambil gas jika dijangkiti.
Mohon pandangan doktor on call.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda gejala sakit telinga boleh disebabkan oleh berbagai masalah antaranya jangkitan kuman, telinga tersumbat, kecederaan dan sebagainya. Kegatalan dan desing pada telinga juga boleh disebabkan kuman seperti yang telah dinyatakan.
Bagi mengetahui punca sebenar masalah anda, konsultasi lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Anda boleh terus berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.