Sulit
4 tahun
Sakit telinga yang perit
Saya lelaki berumur 23 thn, pagi tadi saya menitiskan ubat ear cleanser ke dalam telinga kanan saya untuk mencucikan tahi dan juga menghilangkan dengungan telinga (tiada rasa kesakitan apa2). Selepas itu saya membersihkannya dengan tisu dan mengorek sedikit kedalam dan tidak sengaja mengorek dengan kasar sedikit di tepi telinga saya. Tidak lama kemudian saya merasa kesakitan yang perit di bahagian tepi telinga itu (bukan gegendang) dan ada tanda kemerahan sedikit. Bolehkah kesakitan ini boleh sembuh sendiri atau perlu berjumpa dengan doktor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Trauma akibat mengorek telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Benda asing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih