
Sulit
3 tahun
Sakit tengkuk apabila duduk terlalu lama
Saja student. Sekarang belajar online class so mmg akak dulu 2-4 hours per days mengunakan laptop. Tapi within 1 hours lebih macam tu tulang dekat leher saya terasa sakit sangat. is it normal. Time saya exam pulak, saya akan jawab exam without rest 3 hours straight and rasa macam nak bengkak. tapi keesokkan harinya dah ok dah. Normal ke mcm ni? Saya jugak pernah rasa sakit dipergelangan tangan kanan sebab 3 jam menulis tanpa stop. sakit dia sampai saya kene picit pergelangan tahan supaya reduce sakit tu sikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, jika anda duduk di hadapan laptop anda berjangka lama serta postur duduk yang tidak sihat, ia mungkinlah akan menyebabkan sakit leher dan sakit belakang anda. Postur duduk yang tidak sihat meningkatkan tekanan pada tulang leher dan belakang anda, serta menyebabkan sakit. Sakit ini akan menyembuh diri selepas rehat, tetapi lama-lamanya ia mungkin akan menyederakan tulang anda. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh kecederaan otot leher, keradangan sendi leher dan lain.
Selain itu, sakit dipergelangan tangan anda mungkinnya disebabkan oleh beberapa punca, seperti gangguan pada saraf tangan, tekanan biasa pada kulit, keradangan sendi, keradangan otot dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.