
marasyraf135
5 tahun
Sakit tengkuk bahagian bawah kepala hujung kiri hampir 2 minggu
setiap kali ingin baring dan bangun dr tidur atau baring sakit itu mencengkam dan susah untuk melihat kiri dan kanan… melambatkan pergerakan kepala untuk berpusing… sudah pelbagai cara mengurut, makan pil bengkak, makan pil otot… bagaimana ya???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pada tengkuk yang menjalar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- frozen shoulder
- cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi rutin harian dan pekerjaan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.