Sulit
3 tahun
Sakit tengkuk belakang sehingga bahu kiri
Saya mengalami sakit belakang tengkuk sehingga saya rasa sakit ketika menarik nafas panjang.Kadang masa batuk pon terasa sakit belakang.Sakit tu dari belakang tengkuk hikga ke bahu dan ke bawah kiri.Sekarang ni pon perut saya kerap berangin dan selalu ingin sendawa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit tengkuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah tinggi
- tension type headache
- migraine
- cluster headache
- salah posisi tidur
- keradangan tulang belakang leher
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
























