
Sulit
3 tahun
Sakit tengkuk dan tulang belakang
Salam dr. Saya azila. Umur 26. Sejak beberapa bulan ni saya sentiasa sakit tengkuk, tidak berkurang walaupun saya dah urut dan sapu minyak. Saya mempunyai sejarah penyakit spinal bifida occulta dan hyperthyroid grave disease. Sejak beberapa bulan ini juga saya sentiasa sakit belakang sehingga ada waktu tak tertahan serta kaki saya juga sakit seperti mencengkam dan kerap ke toilet. Adakah sakit tengkuk ini normal ataupun disebabkan penyakit yg sedia ada? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbang anda mengenai masalah sakit tengkuk dan belakang yang berlaku. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi mungkin berkait dengan masalah kesihatan yang sedia ataupun tidak. Terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah anda iaitu:
- Kecederaan pada tisu atau otot pada bahagian tersebut
- Ketegangan pada otot dan tendon leher dan bahu akibat pergerakan leher yang mengejut.
- Salah posisi tidur
- Masalah tulang belakan yang boleh mengganggu pengsarafan saraf tunjang leher dan bahu. Ini dikenali sebagai Cervical Radiculopathy . Ia boleh disebabkan oleh faktor umur atau kecederaan yang pernah terjadi terhadap leher atau tulang belakang
- Cakera tulang belakang yang kembung atau terjatuh ( Slipped disc or Herniated disc )
- Saraf tersepit
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.