
Sulit
3 tahun
Sakit tengkuk die balakang kepala
Salam doktor,saya berusia 17 tahun.saya ingin bertanya mengenai sakit tengku. Baru2 ini, saya sakit tengku di belakang semasa bgn dari tidur sakit itu merebak dari bahu kanan ke bahu kiri seterusnya ke lengan dan sakit belakang serta ia menyebabkan badan saya berasa agak lemak dan kepala saya berasa pening. Adakah sebab saya salah tidur dan menyebabkan salah urat atau perkara lain. Pada pendapat doktor, apakah penyebab kepada gejala yang saya hadapi ini dan adakah ia berkaitan dengan posisi tidur yang tidak betul? Adakah ia sesuatu yang serius dan haruskah saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih terperinci?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang sakit tengkuk lepas bangun tidur. Untuk pengetahuan anda, sakit tengkuk apabila berbaring terlalu lama adalah perkara yang nomal tetapi ia boleh menjadi tidak normal jika anda mengalami simptom seperti berikut:
- kesakitan yang melampau atau berterusan
- rasa panas di bahagian tengkuk
- loya, mual dan muntah
- terdapat bunyi yang aneh pada pergerakan
Jika anda mengalami mana-mana simptom yang rujuk di atas, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kembali ataupun pakar tulang. Antara penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan tengkuk sakit termasuk:
- gangguan muskuloskeletal (i.e. sprained muscle )
- jangkitan kuman
- gangguan saluran limfa
- gangguan saraf
- dan lain-lain
Justeru buat sementara waktu anda disarankan untuk
- meneruskan pengubatan yang telah diberikan
- memastikan posisi kepala, leher dan badan berada pada posisi yang ergonomik ketika rehat
- tidak lagi meneruskan tabiat lama (i.e. baring sambil melihat gadget)
- boleh melakukan neck stiffness exercise sedikit demi sedikit
- dan sila ke doktor sekiranya gejala tidak hilang atau semakin bertambah
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini .
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.