Anonymous
6 tahun
Sakit tengkuk leher bahu
Hi dktor. Saya hazwan. Saya berumur 27tahun. Saya bekerja sebagai warden yg bkerja shif pagi petang dan malam. Berat saya 100kg dan tinggi saya 177cm. Masalah saya ialah saya mengalami sakit tengkuk leher dan bahu yang mengakibatkan saya sering mengerakkan bahagian leher tengkuk ke depan belakang kanan dan kiri setiap selang 15minit. Hal ini mulai saya alami 2tahun yang lepas. Apakah masalah atau penyakit yang saya alami dan cara mengubatinya dktor? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak tuan, sakit dan lenguh pada bahagian tengkuk dan bahu biasanya seringkali disebabkan oleh postur tubuh yang tidak betu ketika duduk, berdiri, membongkok, mengangkat barang, tidur dan sebagainya. Postur tubuh yang tidak betul ini menjadi tabiat dan semakin lama boleh menyebabkan kerosakan pada stuktur tubuh sekaligus menyebabkan sakit dan lenguh.
Bagi mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk meperbetulkan postur tubuh dalam aktiviti seharian anda, selain itu anda juga disarankan untuk selalu bersenam bagi menguatkan otot dan tulang anda. Sekiranya perubahan gaya hidup tidak berhasil, anda boleh merujuk kepada doktor agar pemeriksaan lanjut boleh dilakukan.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























