Sulit
5 tahun
Sakit testis sebelah kiri dan membengkak
hai doktor saya mengalami penyakit yg pada umum nya biasa saja. namun stelah masuk hari kedua, testis saya mula membengkak dan sakit ketika ber aktiviti sehari hari. hal ini menyebabkan saya tidak nyaman. apakah sakit saya ini serius? apakah rawatan yg perlu saya lakukan agar testis sy kembali spertu asal tnpa rasa sakit dan bengkak ini?biasa" saj
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
testicular torsion - buah zakar berbelit
epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki sama ada masalah yang anda hadai serius atau tidak. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Maka, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera sekiranya sakit tersebut berterusan dan semakin parag kerana terdapat kemungkinan yang merbahaya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































