
Anonymous
2 tahun
Sakit tulang belakang&nafas jadi pendek
saya bersalin anak pertama pada usia 21 tahun melalui operation czer. skrg saya berusia 23, tulang belakang saya kerap lenguh sakit dan nafas saya menjadi pendek hingga susah utk saya bernafas. Dr adakah itu kesan dari czer?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Kemungkinan besar simptom yang anda alami berkaitan dengan satu sama lain ataupun tidak. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
1.Batu karang pada saluran buah pinggang
2.Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Manakala berkenaan dengan c-sec,secara umumnya,kesan sampingan pembedahan c-sec adalah kesakitan,jangkitan kuman pada bahagian luka /lapisan uterus/saluran kencing,pembekuan darah yang menyebabkan simptom seperti sesak nafas,batuk serta kesakitan di bahagian betis dan lekatan (adhesion).
Bagi merawat masalah yang anda alami, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.