putrarasheed
6 tahun
Sakit tulang belakang(slip disc)
Saya Fathul berumur 31 tahun. Mengalami masalah sakit belakng kembali… kesan daripada kemalangan pd tahun 2014 yang lalu…
6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh encik. Oleh sebab anda pernah mengalami kemalangan sebelum ini, kemungkinan besar yang boleh menyumbang kepada sakit di tulang belakang encik adalah beberapa punca seperti berikut:
- kompresi oleh slipped disc
- vertebral collapse
- kerosakan tulang belakang akibat dari kemalangan
dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.






























