
eelsivie
6 tahun
Sakit tulang belakang
Saya seorang wanita berumur 26 tahun dan bekerja disebuah tadika swasta.saya mengalami sakit tulang belakang sejak saya berumur 19tahun namun pada masa itu sakit Tidak terlalu teruk.namun setelah saya bekerja ditadika swasta itu sakit tulang belakang semakin berlarutan.serial malam,saya perlu menahan kesakitan yang Sangat sakit sehinggakan pada satu masa itu saya menitiskan air mata.selain itu,sakit ini juga amat saya rasakan bila saya datang haid.dan juga ketika saya berdiri lama.setelah itu pada tahun 2017 saya mengambil keputusan berjumpa doktor dan doktor mengesahkan tulang belakang saya mengalami kecondongan sedikit dan jika semakin condong perlu di lakukan pembedahan pada tulang belakang saya.dan doktor menyarankan saya untuk Tidak bekerja berat.namun,selepas itu pemeriksaan Tidak lagi saya lakukan.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda telahpun menjalani pemeriksaan sebelum ini dan mengetahui penyebab kesakitan anda. Sekiranya anda merasakan kesakitan anda semakin teruk atau mendapat simptom lain yang membimbangkan, sila rujuk kembali kepada doktor berkenaan untuk pemeriksaan tulang anda.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) sekiranya ingin mendapatkan pandangan daripada doktor kami secara atas talian. Terima kasih.