aniqmamat14
3 tahun
Sakit tulang pada bahagian telinga
Saya pemuda 20-an saya mengalami kesakitan pada tulang di bahagian telinga. Pada mulanya saya menganggap kesakitan ini hanya sementara tapi sakit pada bahagian tulang di bahagian telinga semakin sakit. Apabila saya merapatkan gigi hadapan untuk bersentuhan antara sama lain kesakitannya makin bertambah buruk dan apabila saya menyentuh bahagian di lubang telinga saya berasa seperti bengkak. Apakah penyakit yang saya alami?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit yang anda alami boleh berpunca daripada:
- Masalah gigi
- Masalah telinga
- Masalah otot, tulang atau saraf sekitar bahagian tersebut
Untuk mengetahui puncanya, maklumat lebih mendalam perlu kami dapatkan daripada anda. Oleh itu, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.