Sulit
3 tahun
Sakit tulang rusuk dalam berpantang
Saya berpantang masuk hari ke 26.pagi td saya bangun tidur dan tulang rusuk sebelah kanan terasa sakit sangat. Bila saya baring rusuk saya sakit bila tarik nafas. Bila duduk takda pulak sakit. Kenapa ya?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Trauma pada tulang rusuk
- Masalah pada otot atau tulang
- Kedudukan postur yang tidak selesa dan betul sewaktu tidur
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.























