
Sulit
5 tahun
Sakit tulang rusuk kiri dan terasa bengkak
Saya wanita umur 40 tahun. Dah almost 2 weeks sakit bahagian bawah dada dan terasa macam ada bengkak dibawah dada kiri Pernah jatuh bilik air. Tak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca sakit tulang rusuk, antaranya adalah
- Kecederaan yang melibatkan tulang rusuk contohnya:
- tulang rusuk lebam
- tulang rusuk patah
- Kerosakan otot
Costochondritis
Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk. Kebiasaannya, costochondritis akan baik pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi ia masih bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan.Pleurisy
Pleurisy adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada. Keadaan radang paru-paru lain, seperti bronkitis, juga boleh menyebabkan sakit di sekitar sangkar tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca masalah isteri anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.