
jhadif2227
2 tahun
Sakit Tulang rusuk sebenar yg ke tujuh
Saya remaja § 17 tahun , disedari tulang rusuk kiri lain sedikit dripda tulang rusuk kanan , klau tarik nafas rsa sakit sgt dan tersekat2 mw benafas , tidak boleh tidur dalam keadaan tgn diatas perut , tulang rusuk sebenar yang ketujuh bengkak sedikit , dan tulang rusuk kiri ketara dripada kanan . Adakah keadaan ini serius ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca sakit tulang rusuk, antaranya adalah
- Kecederaan yang melibatkan tulang rusuk contohnya:
- tulang rusuk lebam
- tulang rusuk patah
- Kerosakan otot
- Costochondritis
Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk. Kebiasaannya, costochondritis akan baik pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi ia masih bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan. - Pleurisy
Pleurisy adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada. Keadaan radang paru-paru lain, seperti bronkitis, juga boleh menyebabkan sakit di sekitar sangkar tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.