Anonymous
6 tahun
Sakit tulang tercucuk
Saya umur 22, kerap sakit tulang rusuk kiri kt belakang. Bnyak berubat urut, (tukang urut kata urat bengkak dan belikat) , jumpa doktor (kata gastrik, pegi klinik lain (kata muscle pain) rasa dia macam tulang tercucuk dekat otot. Setahun lebih sakit berpanjangan …Pedih dan sakit sangat. Kenapa dengan saya ye? Tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, sakit belakang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kami. Ada banyak penyebab untuk sakit belakang. Antaranya ialah :
- Masalah otot
- Ketegangan otot
- Masalah saraf
- Masalah pada organ sekitar kawasan tersebut
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.






























