Sulit
5 tahun
Sakit tulang terutamanya tulang belakang, gatal2 pada kulit, ada lebam2 dekat kulit
Saya wanita dalam lingkungan 20’an. Saya mengalami sakit tulang terutamanya pada tulang belakang, saya sudah tidak ada selera makan selama sebulan, berat saya juga turun dengan mendadak, sakit tulang diikuti dengan sakit pada bahagian perut, saya Mudah berasa penat walaupun hanya dengan sikat rambut sahaja, kalau buat kerja lebih sedikit saya akan sukar bernafas . Selalu rasa gatal2 pada kulit secara tiba - tiba , baru2 ni ada kesan lebam pada kulit saya. Sering sakit pada rahang sampai ke telinga sehingga saya pening kepala. Demam on off. Kerap rasa mual.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
- Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
- Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
- Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
- Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
- Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Systemic Lupus Erythematosus
Masalah kanser
Anemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
























