
sitiarazak
5 tahun
Sakit tulang tumit kaki dan tumut kaki
Mak saya berumur 50 tahun mengalami sakit tulang tumit kaki dan tumut kaki selama 3 bulan setengah mak saya selalu mengadu kesakitan yang dialaminye saya telah membawa dia pergi ke tempat urut bermacam macam tapi tidak menjadi tapi mak saya pergi kerja jalan kaki dan agak jauh perjalananya mungkinkah disebabkn situasi itu??? Minta sedikit tips atau cara utk menghilangkan kesakitan itu plzz terimakasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit tumit, antaranya:
Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekananTerseliuh
Plantar fasciitis
Keradangan tisu penghubung pada tapak kakiBursitis
Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi oleh emak anda dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah yang dihadapi oleh emak anda ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.