
Sulit
3 tahun
Sakit tulang,tumit kaki selepas bersalin
Hai doktor saya berumur 30 tahun baru melahirkan bulan January lepas baby dah nak Masuk 6 bulan…tapi sejak 3 bulan lepas setiap malam saya mengalami sakit2 bahagian belakang lutut sebelah Kiri,sakit pada tumit Kalki,dan sakit pada tulang paha…saya juga merasakan sakit tapak Kali ketika berdiri Dan berjalan…adakah ini tanda2 osteoporosis…atau gout…sewaktu Hamil juga sya mengalami sakit pada tulang paha namun tak hilang selepas bersalin cuma kesakitan sahaja berkurangan…thank u doktor harap Sufi membalas pertanyaan sya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami ketidakselesaan anda berkenaan sakit pada tumit. Kami akan cuba mambantu anda.
Umumnya gejala sakit tumit yang berterusan boleh disebabkan oleh:
- keradangan pada bursa ( bursitis )
- keradangan tendon (tendonitis)
- regangan otot pada kawasan tapak kaki
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti:
- osteomyelitis
- ketumbuhan pada tulang
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.