smapt2013
6 tahun
Sakit tumit bagi wanita berusia
Apakah rawatan terbaik untuk mengatasi sakit tumit yang dialami ibu saya yang berusia 50-an
6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit tumit bagi wanita adalah satu keadaan yang selalu berlaku. Terdapat pelbagai punca sakit tumit dalam wanita. Antaranya ialah:
A) Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan (dalam tulang tumit) adalah sebab biasa bagi sakit tumit pada orang dewasa.
B) Terseliuh
Terseliuh (sprains) adalah ketegangan ligament yang disebabkan kecederaan
C) Plantar fasciitis
Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki. Keradangan tisu penghubung ini dipanggil plantar fasciitis.
F) Bursitis
Bursa adalah pelindung yang terduduk di antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan pembengkakan serta sakit segera di tumit.
Untuk mengetahui punca masalah ibu anda, kami memerlukan maklumat lanjut, justeru itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
























