Sulit
5 tahun
Sakit tumit bila bangun
Saya berumur 34.Pabila saya bangun pagi agak sukar untuk berjalan.bagaimana untuk menghilang Kan sakit tumit saya.dh 6 Bulan saya alami kesakitan tumit ini.bolehkah doctor membantu saya
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan (Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan)
- Terseliuh
- Plantar fasciitis (Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki)
- Bursitis (Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit)
Oleh itu, anda digalakkan untuk:
- Elakkan memakai kasut tumit tinggi terlalu lama
- Pakai kasut yang selesa
- Pakai kasut yang sesuai bila bersukan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































