
Anonymous
5 tahun
Sakit Tumit Kiri Kanan
Saya remaja 19 tahun , harini saya mendapat sakit tumit amat perit ketika ingin memasak dan hrini bru dy skit sngt , sy ingin tahu ada kah ini masalah peranakan sy jatuh atau punca lain

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tumit yang anda hadapi selepas kemalangan lampau boleh disebabkan:
- Keretakan kecil tulang kaki - mungkin sukar untuk dijumpai dalam x-ray
- Koyakan ligamen atau tendon tapak kaki
- Bursitis - radang bursa (sejenis poket penyerap hentakan)
- Saraf kaki tersepit
- Kurang aliran darah pada kaki
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.