Sulit
4 tahun
Sakit ulu hati , muntah2
Saya lelaki kerap pedih ulu hati… dan saya kerap jadi anxiety pasal bende2 macam ni… datang ke klinik just bagitau saya gastrik je… dekat setahun saya mkn ubat gastrik… tapi on of la mkan ubat bila perlu… adakah sebab anxiety atau perut saya gerd?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Penyakit asid refluks memerlukan pengambilan ubat berpanjangan serta diet yang bersesuaian bagi memastikan pencegahan efektif masalah ini. Anda disarankan untuk mengikuti nasihat doktor anda mengenai pengambilan ubat keresahan dan ubat asid refluks anda bagi melihat kesannya akan datang. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.