
Sulit
4 tahun
Sakit urat belakang badan, pinggang, punggung dan kaki
Hai doktor. Saya umur 22 tahun. 2bulan lepas saya mengalami sakit urat sehingga kini belum pulih. Sebelum saya mengalami sakit urat, saya ada mengangkat kotak-kotak berat. Adakah urat saya putus? Kebiasaannya saya sering sakit dari pingang ke punggung hingga kaki selepas berdiri atau berjalan lama menyebabkan saya terpaksa berbaring. Apakah perlu saya lakukan dan jika saya mencari tukang urut adakah dibolehkan atau akan mencederakan urat lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah seperti yang anda perihalkan boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
- Masalah jantung
- Radang selaput dada (costochondritis)
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom seperti:
- Kesukaran bernafas
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Walaupun kebiasaannya ‘sakit urat’ menjadi keluhan utama pesakit sakit belakang, namun penyebab sebenar yang tepat perlu diketahui terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Frasa ‘sakit urat’ terlalu subjektif, justeru maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Hal ini supaya rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda. Untuk mengetahui rawatan bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am mengenai masalah anda. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!