
Sulit
4 tahun
Sakit urat belakang badan
saya 24 jam sakit urat belakang mungkin belikat. dah hampir bulan ke3. urut dah buat masih tak berkesan.duduk,baring,berdiri akan sakit,hngga kini saya masih bertahan.perlukah saya bt appointment doc di hospital ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang badan. Namun begitu, masalah anda perlu diperiksa dengan lebih mendalam seperti ujian secara fizikal. Disebabkan kekurangan maklumat, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Oleh itu, ini hanyalah keterangan am punca-punca sakit bahu yang berpanjangan, antaranya:
- Sindrom tendonopati iaitu kelainan rasa sakit dan biasanya bengkak pada tendon bahu akibat penggunaan berlebihan yang timbul terutamanya saat mengangkat barang atau beban
- Subacromial bursitis keradangan bursa bahu. Bursa adalah merupakan kantung cairan yang berfungsi seperti kusyen diantara tulang bahu
- Adhesive capsulitis adalah keradangan kapsul bahu iaitu sejenis tisu yang membungkus daerah bahu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Jawapan ini adalah keterangan am mengenai masalah ini. Terima kasih.
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!