natasyafazrinn
3 tahun
Sakit urat di tepi telinga kiri
hi doctor. saya bangun daripada tidur, urat di sebelah telinga kiri sakit. dia sakit dari tepi pipi kiri hingga bwah dagu kiri. jadi merah. sebelum ni saya ada korek telinga pakai kapas, lepastu keluar kuning. apa patut buat ya? jumpa doctor dia ada tak kasi ubat tuk affection ni? saya sakit di pipi jadi bengkak. tulang di sebelah pipi kiri sakit.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit kayap
- Jangkitan kuman dalam telinga
- Radang saraf muka
- Radang kalenjar parotid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekian.