
Sulit
3 tahun
Sakit Urat ketika sejuk
Saya wanita 18 tahun,mengalami kesakitan seperti sakit urat ketika cuaca sejuk.Kesakitan yang saya alami ialah seperti berdenyut dan kesakitan ini bertambah teruk jika saya berada di kawasan bersuhu rendah.Adakah ia juga merupakan masalah saraf?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai gejala yang anda alami secara terperinci serta sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah sedemikian boleh dikaitkan dengan beberapa penjelasan, antaranya:
- Demam sejuk
- Masalah pada otot
- Masalah pada tulang
- Radang pada sendi yang mengakibatkan gejala ngilu atau sakit
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih