
miza71279
5 tahun
Sakit urat sebab terslah bntai
Saya nk tahu mcm na nk legakn urat bengkak sbb terslah tido…ape yang perlu sy lakukan…pala tk boleh gerak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit leher akibat dari salah posisi tidur sering kali terjadi. Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang mengalami sakit leher termasuklah penggunaan bantal yang kurang sesuai. Penggunaan bantal yang betul bukan sekadar untuk memberi keselesaan sahaja. Malah ia penting untuk menyokong struktur kompleks kepala, leher, bahu, pinggul dan tulang.
Cara-cara lain untuk melegakan sakit leher ini ialah :
- Tuam leher dengan air suam
- Urut otot-otot leher dengan lembut
- Lakukan senaman regangan leher
- Ambil ubat tahan sakit.
Jika semua cara ini sudah dilakukan dan anda masih mengalami kesakitan, ebaik-baiknya dapatkan bantuan daripada doktor atau pakar fisioterapi untuk rawatan dan proses pemulihan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.