Sulit
5 tahun
Sakit vagina dan apakah kehamilan akan berlaku
Isteri saya masih muda, pertama kali melakukan hubungan intim, saat melakukan hubungan intim vagina nya berasa sakit dan saya hanya memasukkan kepala penis saya dlm vagina nya, bagaimana utk merawat and apakah kehamilan akan berlaku? Saya hnya tumpah luar vagina.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah lubang faraj yang sakit selepas melakukan hubungan seks pada pertama kalinya boleh disebabkan oleh pemecahan selaput dara yang terdapat pada lubang faraj. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh pengeluaran lendir atau air mazi yang kurang ketika melakukan hubungan tersebut. Kekurangan lendir yang dijadikan pelincir ketika seks boleh menyebabkan dinding vagina menjadi kesat dan boleh menyebabkan kecederaan.
Sekiranya isteri anda mempunyai masalah mengeluarkan lendiran ketika melakukan hubungan intim, kami galakkan anda dan isteri anda untuk menggunakan minyak pelincir yang khas digunakan ketika bersama.
Kehamilan hanya berlaku sekiranya anda mengeluarkan air mani ke dalam lubang faraj isteri anda, iaitu dalam vagina atau ruangan serviks. Kehamilan tidak akan berlaku sekiranya air mani dikeluarkan pada kawasan luar lubang faraj. Waktu subur juga memainkan peranan untuk kehamilan. Selalunya, waktu subur wanita adalah pada 2 minggu selepas kedatangan haid.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































