
Sulit
5 tahun
Sakit yang tidak tahu apa punca
Saya wanita berumur 30an…sejak kebelakangan ini saya mengalami sakit di tekak serta sakit di sebelah anggota badan bahagian kiri.mula mula tekak saya sakit ada rasa denyutan di dahi saya dan denyutan tu mula.turun si hidung serta di bahagian muka…kemudian saya sakit di ibu jari kaki. Kemudian sakit tersebut naik keatas kaki dan juga seluruh anggota badan sebelah kiri sehingga ke rahang muka kiri…sakitnya macam kebas pun ada denyut pun ada. Saya rasa sakit sehingga dinding rahim saya sebelah kiri. Sebelum ini saya tidak pernah mengalami sebarang jenis sakit …selepas saya bersalin macam macam sakit saya dapat…belakang leher saya berat sangat sampai mata saya pun tidak berapa clear sangat…saya tidak faham ape penyakit yang saya alami doktor…saya sentiasa berfikir kemungkinan saya ada kanser ke apa…saya takut nanti saya akan mati dalam usia muda ni dokyor…anak2 saya masih kec lagi…dan memerlukan saya.tolong saya doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Angina Pectoris
- Serangan jantung
- Masalah saraf
- Masalah kesihatan mental akibat stres atau keletihan (kemurungan, gejala keresahan)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.