Sulit
2 tahun
Salah makan ubat sebelum Dan selepas
Saya lelaki,saya makan ubat abdominal sebelum makan,lepas itu saya minum air dengan makan roti
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda bimbang kerana anda tersalah waktu makan ubat. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pengambilan ubat yang betul mengikut arahan doktor dan ahli farmasi penting bagi mendapatkan rawatan berkesan dan selamat. Namun, lazimnya, jika tersalah waktu pengambilan ubat hanya sekali, ianya tidak mendatangkan kesan mudarat. Anda dinasihatkan agar mematuhi cara pengambilan yang betul untuk pil yang seterusnya.
Akan tetapi, sila berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami gejala di bawah:
- cirit-birit,
- sakit perut,
- loya
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut tentang perkara ini, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Terima kasih